Sunday, 26 June 2011

aku jawab...

peace be upon you and hi peeps (^_~)

how do i start this..? ok.fine..i already started.. agaggaa..bear with me.. =) the title up there is "aku jawab". Apa yang aku jawab..? answering phone..? answering topical questions in my sister's SPM chemistry book...? (oh NO.  I swear..i won't ever do that) answering call from Yayasan Sime Darby regarding the scholarship? (i'm waiting for that)..answering WHAT..??


these are the answers that i gave when people ask me any random or boring-standard-questions :

1) "hai, rasa macam kenal jer awak. Have we met before?"
NA : yeke..? tak perasan plak..awak kenal saya ker..?
aku : NO, and i'm not interested in answering any further questions from u. have a good day.
        (tapi jawapan macam ni selalunya bergantung pada appearance tuan punya soalan..ahaakkss)

{NA-->normal answer}

2) "hai, tengah buat apa tu..?"
NA : tengah tengok tv. Awak..?
aku : ni adalah soalan piawai yang paling aku tak suka jawab. Obvious sangat kot aku tengah chat dengan ko. Takkan la aku tengah nyanyi dondang sayang sambil minum milo cincau kot.

3) "awak tak tido lagi..?"
NA : not yet. awal lagi la wak kalo nak tido..
aku : kalau saya dah tido, takde maknanya saya tengah on9 sekarang. Adoyai..

4) "bila awak nak belanja saya makan..? asyik saya jer belanja awak"
NA : esok nak..? esok saya free..
aku : macam tak ikhlas jer belanja saya sebelum ni. Macam ni lah kawan zaman skarang. Jom pegi sakarang.
       (kalau masa tu tengah free)

5) "jom makan"
NA : kat mana..?
aku : siapa bayar..? aku ke ko..?

6) "awak marahkan saya ke saya cakap macam ni..?
NA : saya cuma tak suka awak cakap macam tu
aku : tak laa..saya cuma bengang tahap giga jer.. Cakap dengan saya esok. Takde mood sekarang.

7) "can i have your no?"
NA : erm..
aku : no ape..? no surat beranak ke..?

8) "awak sihat..?"
NA : alhamdulillah...ok..awak..?
aku : setakat ni tak masuk lagi emergency room, so kira alhamdulillah laa.

9) "bila nak berubah jadi macam perempuan melayu terakhir ni..?"
NA : nanti laa... saya tak suka jadi hipokrit
aku : tak nak la jadi perempuan melayu terakhir. Jadi yang second last lagi best

10) "nama penuh ape ye?"
NA : Semah binti Selamat
aku : Jap, nak check ic..

jawapan aku selalunya panjang dan tak menjawab soalan. Bila aku pikir balik, mesti member-member (the word member refers to KAWAN not the other meaning) aku bengang dengan jawapan aku. Tapi tu la yang menyebabkan kitorang stick kawan sampai sekarang. Sebab jarang nak jumpa orang yang macam AKU.

Thursday, 23 June 2011

SITUASI

peace be upon you and hi peeps (^_~)


aku tak perasan pun yang dia satu group dengan aku. Mungkin sebab dia datang from Mesir tapi masa kat Madinah, memang aku tak perasan langsung yang dia wujud.

situasi 1 : 
"sah ke ambil wudhuk kalau guna air yang dah dicelup dengan tangan. Bukan ke air tu dah dikira air musta'mal?"

-selesai buat umrah, aku ambil semula wudhuk untuk solat Subuh berjemaah. Tapi disebabkan aku tak tahu ladies kat mana, aku ambil keputusan untuk ambik wudhuk guna air zam-zam. Aku isi cawan plastik dengan air zam-zam, then aku CELUK ambil air tu untuk basuh muka dan tangan. Seriously, aku mmg terlupa yg kalau dah celuk dalam air tu, air tu dah dikira air musta'mal dan tak boleh digunakan untuk berwudhuk. Aku tak perasan bila dia ada kat belakang dan perhatikan apa yang aku buat. Alhamdulillah sebab dia nampak dan tegur aku.

situasi 2 :
-di atas bumbung hotel which is tingkat yang paling atas sekali. Masa tu aku naik sorang-sorang sebab nak sidai baju yang baru dibasuh. Maklumlah, cuaca kat Makkah panas, so baju cepat kering. Sambil tengah nyanyi-nyanyi kosong (aku rasa aku nasyid masa tu) aku terperasan ada orang baru sampai. Bila aku pusing orang tu tengah senyum. Dan orang tu adalah DIA. Untuk 3 minit kitorang dua jer kat atas bumbung sebelum abang aku jadi penyelamat keadaan. Bukan maksud aku dia nak buat apa-apa, cuma tak manis kalau berdua jer kat atas bumbung walaupun hari tengah terang benderang.

situasi 3 :
dalam lif, masa ni aku naik satu lif dengan dia. Kebetulan dia memang nak naik atas dan dalam lif tu ada adik dia sekali.

"Dah tanya ke pasal air musta'mal tu? sebab saya pun tak berapa pasti"
"Dah, betol la tu, tak boleh guna untuk amek wudhuk. Terima kaseh sebab tegur,"

dan aku langsung tak tahu siapa DIA.. =_='

Wednesday, 22 June 2011

A JOURNEY TO REMEMBER (part 5)

IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST COMPASSIONATE, THE MOST MERCIFUL

peace be upon you and hi peeps (^_~)

ini adalah part terakhir. Sebelum aku sambung dengan journey di Mecca, aku lupa nak tulis tentang cara kami (perempuan) ziarah perkuburan Baqi'. Disebabkan women are not allowed to enter the cemetery, kitorang panjat naik (ok guna LIF) bumbung sebuah bangunan kebajikan. From there, we climbed up a ladder and finally we could see the whole compound of perkuburan Baqi'. SUNGGUH LUAS. Tak salah aku boleh memuatkan lebih 10 000 jenazah. Perkuburan tersebut terletak di seberang jalan yang menghadap masjid Nabawi.

Perjalanan ke Makkah mengambil masa yang agak lama. Lebih kurang 7 jam. Bas bertolak ke Makkah pada 6/6/2011 pukul 3.00 petang dan Alhamdulillah tiba pada jam 11.00 malam. On the way ke Makkah, rombongan kami singgah di Bir Ali, salah satu daripada 4 miqat. Disebabkan semua orang berada dalam keadaan ihram dan takut kena bayar dam (kalau melanggar 13 larangan semasa ihram), kami terus melakukan umrah yg PERTAMA pada jam 1 pagi. Umrah yang pertama ni, semua jemaah ikut skali sebab masih TAK TAHU CARA. Selesai umrah dalam pukul 3.00 ++ pagi, so, aku dan angkatan bilik aku (tok,ateh dan makcik ina) terus iktikaf kat masjid sebab subuh masuk pukul 4.05 pagi. 

7/6/2011 (SELASA)
-disebabkan baru selesai melakukan umrah yang pertama, dan baru tiba malam tadi, tiada aktiviti yang dijadualkan. Kasi 'can' kitorang rehat sebab tak tidur sejak semalam. 

8/6/2011 (RABU)
ZIARAH

-antara tempat-tempat yang diziarahi pada hari tersebut ialah :
1) Bukit Thur 
-kitorang tak daki bukit ni. Hanya melihat daripada jauh. Bukit ini merupakan bukit tertinggi sekali kat Makkah. Jadi korang cuba bayangkan macam mana Rasulullah dan Saidina Abu Bakar daki bukit ni semata-mata nak menyorok daripada kaum Quraisy sewaktu dalam perjalanan berhijrah ke Madinah. SUBHANALLAH. Juga tak lupa kepada Siti Asma (anak Saidina Abi Bakar) yang datang membawa makanan kepada baginda berdua.

-bukit thur-

2)Padang Arafah
-orang tua-tua kata, kalau nak mintak doa JODOH, berdoa di Padang Arafah sebab di sinilah tempat pertemuan kembali Adam dan Hawa selepas dibuang ke dunia. Namun, pakngah kata setakat ini, dia TAK JUMPA lagi mana-mana dalil yang mengatakan 'molek' memohon doa dipertemukan jodoh yang baik di Padang Arafah. Tapi tak rugi kalau doa. YOU LOST NOTHING but INSYAALLAH YOU CAN GAIN SOMETHING sebab as long as you are still in Tanah Haram, InsyaAllah, your doa will be granted. 

Di Padang Arafah ni juga, ada sebuah bukit, iaitu Jabal Rahmah dan alhadulillah, kitorang berjaya sampai ke puncaknya dalam waktu yang singkat sebab bukit ni tak tinggi mana.

-Jabal Rahmah-

Di sini juga, buat julung-julung kalinya aku naik UNTA. oohhhoooooooo..!! dari mula nak naik sampai turun, macam nak pecah perut. Adoyai, lawak sungguh. Lepas naik unta, rasa penat semacam macam baru lepas lari 10 km. Terjerit jugak la masa nak naik dan turun sebab unta tu perlu membongkok and we (aku naik dengan ateh) had to hold kat pemegang, kalau tak, CONFIRM tersembam.


-saat-saat mencemaskan-

3) Muzdalifah
-kalau musim haji, jemaah perlu berada di Muzdalifah walaupun SESAAT sebelum bergerak ke Mina. Di sini juga menjadi tempat para jemaah mencari batu untuk melontar jamrah pada hari-hari di Mina.

-budak ni namanya Amri, aku rse dia tercrush dgn aku- ^_~

4) Mina
-disebabkan terlalu ramai orang pada musim haji, Malaysians punya khemah terpaksa dibina disebalik sebuah bukit. Nama kawasan tu Al-Mu'tasim. Dari situ, ditebuk terowong untuk memendekkan jarak perjalanan iaitu daripada 10 km kepada 2.5 km sahaja untuk pergi melontar. Di sini juga terletak ketiga-tiga jamrah iaitu Jamrah U'la , Jamrah Wusto dan Jamrah Aqabah. 

5) Ja'ranah
-niat ihram di situ untuk melakukan umrah yang ke-2

9/6/2011 (KHAMIS)

1) niat di miqat yang ketiga iaitu TANA'IM

2) Makam Siti Khadijah bt Khuwailid
-tanah perkuburan ini dinamakan Ma'ala dan di sini juga terdapat makam datuk baginda iaitu Abdul Mutalib.

-makam beliau disebalik pintu warna hijau-

3) Makam Maimunah bt Hariz (salah seorang isteri Rasulullah)


4) GUA HIRA'
-acara kemuncak pada hari tersebut ialah mendaki JABAL NUR untuk ke GUA HIRA' (tak sampai 20 orang jemaah yang ikut). Gua ini merupakan tempat di mana Nabi Muhammad menerima wahyunya yang pertama iaitu pada 17 Ramadhan. Baginda berulang-alik dari rumah ke Gua Hira' kerana baginda ingin mengasingkan diri. Bukit ini tinggi tapi RENDAH sedikit daripada Bukit Thur. Berapa kali berhenti, aku pun tak tahu. Dekat sini aku saksikan sendiri macam mana Allah 'bayar tunai', sebab tu tok kata, kat Tanah Haram ni jaga mulut. memang cash Allah bayar. Kisah disebalik insiden 'bayar tunai' ni ialah :

Sebelum mula mendaki, aku cakap dekat sorang akak tu (kak SALAMA);
"siapalah yang jadi last skali yang sampai kat atas"
sebab aku confident yang aku boleh sampai awal. Aku antara yang paling semangat dan yang mula-mula mendaki. Tapi Allah nak tunjuk, jangan nak CAKAP BESAR. Aku jadi orang yang terakhir sampai atas. Jalan sikit pancit, jalan sikit pancit. Memang Allah bayar cash kat sini.
-boleh nampak menara jam dari sini-

Sepanjang perjalanan naik ke atas, tepi-tepi tangga batu penuh dengan pengemis yang cacat. Kecacatan diorang memang tak pernah aku terpikirkan pun. Dan mengikut kata pak ngah, all the way ke atas, tangga yang dibina ni bukan dibina oleh kerajaan Arab Saudi tapi oleh penduduk pakistan yang tinggal di sekitar kawasan kaki Jabal Nur. Lessons on that day were be PATIENCE and HUMBLE. Walaupun menjadi orang yang terakhir sampai selepas Kak Salama, pendakian ke puncak Jabal Nur memang exciting because i was accompanied by Kak Salama dan banyak perkara lucu yang berlaku antara aku dan beliau. APAKAH perkara tersebut..? ohhhh..itu rahsia aku dengan beliau. Sampai di hotel dalam pukul 7.00++ malam.

-berlatarbelakangkan Gua Hira'(kecik jer gua tu)-

-bersama Sarah,tapi dia dah berkurun sampai-

malam tu jugak, sebelum Isyak, aku buat TAWAF SUNAT alone. Alhamdulillah.

10/6/2011 (JUMAAT)

-no activity (ziarah) was scheduled on that day and we were told that Jumaat is the weekday and Masjidil Haram would be extra crowded. Pakngah kata, hari Jumaat orang Arab pakat bawak family masing-masing ke Tanah Haram which is berbeza dengan situasi kat Malaysia. Kalau kat Malaysia, weekend jer, family akan bawa pergi picnic. Well, cara orang Arab spend time on their weekend memang TERBAEK..! 

11/6/2011 (SABTU)
ZIARAH

1) Ladang Unta
-oohhhooooooo..buat kali kedua aku melihat unta. Kali ni PEGANG terus. Di sini ada dijual susu unta FRESH. Sebotol 5 riyal. Nasib baik la abang beli sebotol jer. SUMPAH 'sedap'!. Aku minum seteguk. Abang minum beberapa teguk sebelum botol tu selamat masuk tong sampah =_='.




2) Niat di miqat yag ke-4 iaitu Hudaibiah

3) Tawaf Masjidil Haram

-tawaf masjidil haram ni tak termasuk dalam list ziarah. Aku, abang, Acik Zana dan suaminya je yang semangat nak tawaf masjidil haram ni. Rugi la kalau tak tengok setiap tingkat dan pintu yang ada. Masjid yang sedia ada besar ni sebenarnya masih under construction untuk diperluaskan lagi. Masjid ni terdiri daripada 3 tingkat. Tapi tingkat atas sekali which is tingkat 3, women tak boleh naik. Jadi masa abang aku dan suami acik zana round tingkat 3 kitorang lepak sambil tengok KA'ABAH. ALHAMDULILLAH. Perjalanan kitorang tawaf ambil masa dalam 2 jam iaitu daripada pukul 10 malam sampai 12.00 ++ pagi.

-ada menara jam sebelah kanan gambar, tapi tak nampak pulak, 
alhamdulillah-

12/6/2011 (AHAD)

-merupakan hari terakhir di Makkah. Sebelum meninggalkan Makkah, semua wajib melakukan TAWAF WADA'. Mengikut Mazhab Syafie, selepas melakukan Tawaf Wada' tidak boleh melakukan apa-apa aktiviti seperti shopping. 3 perkara yang dibolehkan hanyalah :
1) membeli makanan untuk perjalanan (kerana mungkin lapar semasa dalam perjalanan)
2) pergi ke tandas
3) menunggu kawan
kalau pergi jugak shopping (which is akan membuatkan perasaan sayu untuk meninggalkan Tanah Haram HILANG) perlu melakukan semula TAWAF WADA'.

bas bertolak dalam pukul 12.20 pagi hari ISNIN bersamaan 13/6/2011.
Perjalanan pulang ke Malaysia agak KACAU bila penerbangan ke Bangladesh delayed for more than 12 hours. Jadi, kitorang telah disediakan dengan hotel di Jeddah di bawah tanggungan BIMAN AIRLINES. Sampai je di Dhaka, flight ke Malaysia dah menunggu. Ada hikmah rupanya delayed lama di Jeddah. Tiba di KLIA pada 14/6/2011 (SELASA) around 2.30 pm. Disebabkan mak dah booking flight ke penang at 4.50 pm, kitorang terpaksa rush ke LCCT. Naseb baik sempat naik sebab masa kitorang tengah berlari ke pintu keluar, pengumuman panggilan terakhir untuk passengers ke Penang sedang dibuat. Sempat merasa marathon  sebelum sampai Penang. 

HOME SWEET HOME. ALHAMDULILLAH.I'M LOOKING FORWARD TO GO THERE AGAIN TO PERFORM HAJJ.AMEEEN.