Sunday, 19 June 2011

A JOURNEY TO REMEMBER (part 4)

IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL

peace be upon you and hi peeps (^_~)

2/6/2011
JEDDAH - 6 pagi

Kaki jejak atas bumi Jeddah lebih kurang pukul 4.15 pagi. Dari flight ke airport, kitorang naik bas. Alhamdulillah sempat solat subuh dan untuk pertama kalinya aku sujud dalam keadaan orang ramai kat sekeliling sebab tak sempat nak cari dan tak tahu surau kat mana. Kalau kat Malaysia, jarang @ boleh dikatakan takde orang yang solat in public. Tapi kat sini, semua tu perkara biasa. Yang penting tanggungjawab dengan Allah perlu diLUNASkan.


Daripada airport ke MADINAH ambil masa lebih kurang 4-5 jam. Sepanjang perjalanan ke Madinah, satu perkataan yang tak lepas daripada mulut dan hati ialah SUBHANALLAH..! Sumpah pemandangan sangatlah CANTIK macam lukisan. Bak kata abang:

"Memang lukisan pun. Lukisan alam. Lukisan ALLAH"

Aku angguk sambil mata tak lepas daripada pemandangan di luar bas. Bukit pasir berselang-seli dengan bukit batu. SUBHANALLAH. Jalan raya macam tiada penghujung. LENGANG. Sangat berbeza dengan situasi di Dhaka, Bangladesh. 
SIBUK vs LENGANG

Lagi satu, kat sini, setiap 2 @ 3 km mesti akan nampak stesyen minyak. Memang sah Saudi Arabia ni kaya dengan minyak.

3/6/2011
Madinah : 2.45 pagi (bangun)

Subuh masuk pukul 4.03 a.m. so, kitorang (aku,tok,ateh and makcik Ina) gerak ke Masjid Nabawi dalam pukul 3.30 a.m. Sempat buat solat sunat. Alhamdulillah. Lepas solat subuh, kitorang tunggu sampai pukul 7.00 lebih sebelum masuk ke RAUDHAH. Impian setiap muslim. Alhamdulillah. ALLAH buka dan tunjuk jalan kepada kami. 

SEBAK.dan speechless. sungguh..satu perasaan yang memang aku tunggu dari mula aku jejak kaki di Madinah ni. Rasa yang sungguh lain. Aku tak tahu macam mana nak gambarkan. Karpet di Raudhah warna hijau dan baunya tersangatlah harum. Haruman sejadah di Raudhah terasa menusuk setiap kali sujud di situ. Alhamdulillah. Nikmat yang bukan senang nak dapat. TAHMID again.

4/6/2011
Madinah 

program pada hari tersebut ialah ziarah. Antara tempat yang diziarah;
1) Masjid Quba' 
-ada kisah di sini. TRAGEDI QUBA'. Aku hilang purse kat sini. Aku pun tak perasan masa bila orang seluk beg aku dan ambil beg duit berharga aku tu. Nasib baik aku letak duit kat tempat asing. IC, LESEN dan segala jenis kad dan khazanah berharga dalam purse tu HILANG. Memang takde rezeki dan takde jodoh aku dengan purse tu. AKU YAKIN ADA HIKMAH DISEBALIK kehilangan purse tu.

2) Masjid Qiblatain

3) Bukit Uhud
-di sekitar kawasa bukit Uhud ni ada Wadi A'tiq dan makam para shuhada' Uhud iaitu seramai 70 orang

-bukit uhud-

4) Masjid Tujuh
-terdapat 7 buah masjid dalam satu kawasan. Tapi yang masih tinggal dan elok ada 4 buah iaitu 
 --> Masjid As-Syams
 --> Masjid Fatah
 --> Masjid Saidina Abu Bakar
 --> Masjid Saidina Ali

5) Ladang kurma
-oohhhoooo.. macam-macam ada..! tapi kebanyakan yang datang ke Madinah akan beli kurma Ajwa sebab kurma Ajwa ni orang kata kurma Rasulullah. Kalau gred A++ satu kilo = 120 riyal dan yang paling murah 1 kilo = 60 riyal.


5/6/2011
Madinah -ziarah-

1) Masjid Quba'

2) Kilang Al-Quran
- dalam kawasan percetakan Al-Quran, perempuan tak dibenarkan masuk. Kaum Adam jer dibenarkan dan each one diberi sebuah Al-Quran.

3) Kilang dan Ladang Kurma 2

4) Telaga Saidina Uthman 
- mengikut sejarah, telaga tersebut dibeli daripada orang yahudi sebelum orang Islam menggunakannya. Sampai sekarang, telaga tersebut masih berfungsi.

-mesin penggerak air (i think so..)

5) Masjid Jumaat

6) Qoba' Castle

7) Tapak rumah musuh Rasulullah
-aku rasa ralat sebab aku lupa nak catat nama beliau. =_='. Tapi yang pasti, tapak rumah tersebut memang luas.
-batu bata yg menunjukkan binaan bilik-

8) Tapak asal masjid zaman Rasulullah
-sebenarnya binaannya hanya sekadar susunan bata paras dada. 

-keluasan sebenar sesebuah masjid semasa zaman Rasulullah-

6/6/2011
Madinah (ziarah)

1) Masjid Quba'
-ok, kalau korang rasa hairan sebab apa tiap-tiap kali ziarah, mesti pergi Masjid Quba' dulu, ini adalah sebabnya ; 

Sabda Nabi Saws.jpg lagi: Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah. (Tirmizi: Sembahyang: 298. Ibnu Majah: Iqamat dan Sunatnya: 1401. Ahmad: Musnad Makkiyyin: 15414.)

2) Kilang dan Ladang Kurma 3

3) Bukit Thur 
-merupakan sempadan Tanah Haram Madinah

-abang jadi model tak berbayar-

4) Bukit Mukhritz
-kawasan bukit ni merupakan tempat picnic orang Arab dan terletak dalam kawasan medan magnet. Sungguh kuat tarikan magnet sehingga bas boleh bergerak sendiri (enjin dimatikan) walaupun keadaan jalan yang menaik. SUBHANALLAH.


-dalam tengah asyik bergambar, tiba2 muncul sebuah van aiskrim. Semua terus meluru nak beli. 
1 batang =2 riyal . Rasa aiskrim ni lain sket daripada aiskrim di Malaysia. Susunya rasa lebih lemak. 


5) Rumah Oroah b. Zubair
-beliau adalah salah seorang sahabat Rasulullah dan binaan rumah beliau masih elok


-tangga ke tingkat atas @ bawah-

-to be continued-

Saturday, 18 June 2011

A JOURNEY TO REMEMBER (part 3)

IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL

peace be upon you and hi peeps (^_~)

Selepas perut di recharge, kitorang headed back to the hotel. Jalan masih gilak. Kegilaan traffic masih sama malah makin menjadi-jadi rasanya. The driver used short-cut to the main road which is obviously to hinder the traffic jam. Masa melalui jalan 'pendek-potong' tu, memang terkesima habis tengok scene kat situ. Along the road, YA ALLAH, macam berada kat kawasan pelarian. Disebabkan tersangat miskin, kids, women and men buat rumah (yang langsung takde rupa rumah) menggunakan kayu terbuang, tali rafia dan tarpan buangan (kain yang selalu guna buat khemah pengantin). Lebih menyedihkan lagi, sepanjang tepi jalan dipenuhi dengan sampah sarap. Jadi, korang try bayangkan how they live there. Di tiang-tiang tepi jalan dijadikan tempat sidai pakaian which is termasuk baju, seluar, and even seluar KECIK. Di mana baju2 tersebut dibasuh, aku takde jawapannye. Sangatlah miskin dan melarat kehidupan kat Dhaka ni. 

-kalau kat Malaysia,kedai tepi jalan macam ni org panggil
kedai mamak, tapi kat sini aku tak tahu nak guna term apa-

Seriously, kehidupan kat Bangladesh or to make it specific, Dhaka berganda melarat daripada orang miskin kat Malaysia. Even, homeless people kat Malaysia kalau nak tidur di mana-mana kaki lima, bawah jambatan @ jejantas, tempat2 tersebut masih boleh dikategorikan sebagai BERSIH but not in DHAKA. BERDEBU, BISING and cleanliness is not their priority -i think-. Ada hikmah disebalik transit di Dhaka. Memang mengajar para jemaah erti SYUKUR. Betul la apa orang kata ;

"Kalau kita rasa kita dah cukup susah, ingat, masih ada yang lebih susah malah berganda-ganda susah daripada kita,"

-TAHMID, ALHAMDULILLAH-

Pengalaman di Dhaka tak berhenti di situ saja. Seriously, i thought after the evening trip, the story will come to a fullstop. However, i was WRONG. Masih banyak perkara yang DHAKA nak kitorang belajar.
Dinner pukul 8.00 malam (waktu Dhaka). Kitorang disajikan dengan nasi yang ala-ala nasi gorang, kari ayam, timun and 7-Up. Everything was totally fine sampailah tiba-tiba 'tup' LAMPU TERPADAM!
Alahai...Suasana jadi bising sekejap and for about 3 minutes semua orang gunakan handphone masing2 untuk hasilkan cahaya. Situasinya lebih kurang macam ni ;

Tangan KANAN --> suap nasi masuk mulut
Tangan KIRI --> pegang handphone sambil suluh pinggan nasi

Van bertolak ke airport dalam pukul 10.55 pm (waktu Dhaka). Jalan dah tak sesibuk waktu siang. Tapi bunyi hon tetap tak putus. Dah macam muzik RASMI Dhaka. Sepanjang jalan ke airport, aku nampak banyak budak-budak homeless yang duduk atas batu divider jalan. Rasa kasihan dan simpati singgah sekejap. Dhaka masih tetap hidup dengan penduduknya yang padat walaupun malam makin larut. 

Suasana di KLIA pada waktu malam sangatlah berbeza dengan suasana kat Dhaka airport. Kalau di KLIA, memang sah-sah dah mula senyap sunyi tapi tidak di sini. Manusia MASYAALLAH cukup banyak. Ada yang tidur kat luar airport dan kalau nak dibandingkan dengan jumlah manusia kat KL CENTRAL waktu peak hour, tetap manusia kat DHAKA airport berganda banyak. SUNGGUH.. memang banyak gilak. I've no idea why they were there at that hour.

-sebelum check-in-

Sekali lagi Dhaka, Bangladesh mengajar manusia luar erti  SYUKUR. Nikmat hidup yang aku rasa sekarang tak terkira nilainya kalau nak dibandingkan dengan mereka-mereka kat Bangladesh ni.
-ALHAMDULILLAH-

next flight : BG0035
seat no    : 18 D

-to be continued-

Thursday, 16 June 2011

A JOURNEY TO REMEMBER (part 2)


IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL

peace be upon u peeps and hi (^_~)

Dalam pukul 10.30 am (waktu Dakha), aku dan yang lain2 turun ke lobi hotel untuk berkumpul sebelum naik van untuk round the capital of Bangladesh, Dakha. Lawatan ni bukan wajib untuk semua. Lama jugak la menunggu di lobi tu sebelum 2 buah van sampai. Setiap van tu muatannya lebih kurang untuk 10 orang penumpang termasuk seorang driver. Perjalanan nak keliling bandar Dakha sesungguhnya dan teramatlah ADVENTUROUS. Sebelum  memulakan perjalanan, kitorang tukar ringgit Malaysia (RM) ke nilai TAKKA. Untuk trip tu, each person perlu bayar RM25 which is equivalent to 500 takka dan aku tukar lagi RM20=400 takka untuk jalan2. Sounds big right..? ^_~
Actually RM1 = 16 takka


(500 takka = RM25)

The journey began. Aku dan family naik van putih yang mana van tersebut hanya cukup untuk 10 penumpang dan 1 driver. GUESS what..??? the number of passengers were actually exceeded to 16 people. YA ALLAh.. i swear it was really, really, really and very very UNCOMFORTABLE..! however we tried to deal with it. Jumlah manusia dalam van tu jadi bertambah sebab 5 Bangladeshi yg kerja kat hotel tu pown ikut sekali. Aku pown tak paham asal diorang excited sangat nak ikut =_=" Bak kata abang ;

"Depa tak pernah tengok Bangladesh kot," dengan nada yang cukup SARKASTIK

Thanks to Allah because the van was supported with air-conditioner. At least, takde la rasa tertekan sangat selama berada dalam van yang cukup padat dan mampat macam sardin tu.

-mulanya ada 4 org kat depan-

-disebabkan kat depan sempit, sorang mat bangla ni usaha 
la tukar tempat ke belakang-

-akhirnya setelah berpenat lelah, beliau BERJAYA..adoyai..-

Dalam rancak lumba-melumba, selit-menyelit kereta, tetiba van merah (another van) berhenti kat tepi jalan. SUDAH..ape plak yang jadi ni..?? SUBHANALLAH..! TAYAR VAN TU MELETUP..! tayar hitam tu siap terkeluar daripada rim.LAILAHAILLALLAH..Memang dugaan betul. Ada HIKMAH la mat-mat bangla tu sebok nak ikut. 

-oohhhoooo betapa dasyatnye keadaan tayar van tu-

Perjalanan diteruskan. Tapi van tak berapa nak bergerak sebab jam yang sangat teruk. Bagus jugak takde traffic light kat sini. Kalau tak, lagi la tak bergerak kereta2 ni. Sepanjang perjalanan, aku perhatikan most of the buildings here tak siap sepenuhnya. Ateh kata :

"Mungkin ni long-term planning diorang. Kalau nak tambah bangunan senang jer sebab ceracak memang dah sedia ada,"

Disebabkan populasi manusia yang sungguh banyak dan padat,orang lintas jalan macam langkah longkang. Aci redah jer. Bukan tu saja, budak-budak termasuk bapak2 budak merayau atas jalan sambil menjual sama ada air, surat khabar @ timun. Memang sukar nak bayangkan situasi kat sana melainkan korang mengalaminya sendiri.

Van akhirnya berhenti di sebuah public park. Boleh dikatakan park ni macam tempat couple melepak dan tanah untuk homeless people. Abang kata nama taman tu TAMAN ASTAKONA. Aku sangat meragui kesahihannya. Yang aku pasti, nama taman yang abang aku kasi tu macam nama sebuah lagu which is TAMAN ASTAKONA. ok.sengal disitu.

-pintu masuk ke taman tersebut-

Next, kitorang dibawa ke sebuah restoran. Semua yang ikut terus cari nasi *terserlah perlu melayu disitu 
Nasib baik ada Nasi Beriani tapi kat sana ejaannya BIRANI. Lantak la, asal NASI.

-menu-

Abang > Kachchi Birani & Kabbab = 105 takka
Aku    > Chicken Birani & Kabbab = 105 takka
Ateh    > Kachchi Birani & Kabbab = 105 takka
Tok     > Chicken Birani & Kabbab = 105 takka
                                                                                      TOTAL  = 425 takka

Masa tu kat tangan aku hanya ada 375 takkajadi terpaksa tambah RM3 = 48 takka. Bila tambah still short 2 takka. Macam mana abang aku bagi cukup lagi 2 takka tu aku pown tak tahu.

Bab yang paling buat aku senak perut disebabkan gelak terbahak-bahak ialah bila kitorang try to communicate dengan diorang. Dah macam ITIK lawan cakap dengan AYAM. Kalau tak macam ITIK vs AYAM, macam AYAM BELANDA vs AYAM KATEK. Bahasa perantaraan sama which is English tapi desebabkan slang, masing-masing tak berapa nak paham apa yang cuba disampaikan. =P

to be continued...