peace be upon u and hi peeps (^_~)
was organizing folders in may lappy, and then i came across a folder named "
aku tulis" i clicked the folder and i realized that i had written two short stories.. and i would like to share it here.. hehehe.. :)
tajuk :
BAYANG-BAYANG
‘Meluatnya
aku tengok budak lembut tu,’ desis hati Cikgu Anam sebaik saja dia terlihat
kelibat Emy . Dia mempercepatkan langkahnya ke kelas 4 Suria , kelas yang
terkenal dengan muridnya yang pintar dan nakal . Sebaik saja kakinya melangkah
masuk ke kelas itu , serta merta Haikal , selaku ketua tingkatan , memberi
ucapan hormat diikuti pelajar yang lain . Cikgu Anam sempat membuang pandang ke
arah Emy & Isya yang duduk di bahagian belakang kelas . Hatinya mula sebal
. Hilang ‘mood’ nya untuk mengajar .
Kelas 4 Suria mulai bingit dengan
suara pelajar – pelajarnya . Cikgu Anam membuka buku rancangan mengajarnya dan
mula mengarahkan pelajarnya membuka buku teks komsas ‘Anak Laut’ . Di bahagian
belakang kelas , kelihatan Emy mula menggelabah apabila buku yang dicarinya
tidak dijumpai .
“ Isya , awak ada nampak buku saya
tak?” tanya Emy sambil menyelongkar semua barang yang ada di dalam beg
sekolahnya .
“ Tak perasan pulak saya , awak tak
bawa ke.?” balas Isya sambil membantu Emy mencari buku tersebut di dalam laci
mejanya .
Perbualan mereka didengari Hadi , si internet bergerak . Hadi yang memang
terkenal dengan sikapnya yang suka menyakat dan menjaga tepi kain orang , mula
menjalankan tugasnya .
“Cikgu , ada sorang heroin celup
kelas kita tak bawak buku ,” satu kelas bingit dengan hilai tawa pelajar kelas
4 Suria . Muka Emy mula berubah mendung .
‘ Mesti aku kena basuh dengan
Cikgu Anam lagi ,’ desis hatinya .
“ Siapa yang tak bawa buku , sila berdiri ,”
Cikgu Anam memberi arahan . Emy mengambil sikap berdiam diri apabila dia
mendapati hanya dia seorang yang tidak membawa buku .
“ Woi , lembut ! Bangunlah ! Kau
sorang saja yang tak bawa buku ,” suara Hadi memecahkan suasana yang senyap
sunyi itu .
Menyedari dirinya direnung tajam
oleh guru Bahasa Malaysia
itu , Emy lantas berdiri . Mata Cikgu Anam yang tajam merenungnya memang
berjaya melemahkan kakinya .
“ Kenapa tak mengaku ? Kamu pekak
ke masa saya tanya soalan tadi ?” soal Cikgu Anam dengan muka yang bengis . Emy
hanya membatukan dirinya . Dia benci melihat muka Cikgu Anam yang suka mencari
kesalahan dan memperlekehkannya .
Cikgu
Anam mula ‘panas’ apabila melihat reaksi Emy yang bersahaja . Dengan muka yang
merah menahan marah ditambah dengan perasaan meluat yang mula mencengkam hati ,
Cikgu Anam menampar pipi Emy . ‘Puas’ , itulah perasaannya sejurus
menghadiahkan tapak tangan kanannya kepada Emy . Terbang rasa marah dan
meluatnya pada si lembut itu .
“ Aduh ,” Emy mula mengalirkan
air mata .Tidak semena – mena ingatan terhadap peristiwa lampau menguasai
fikirannya . Isya cuba
mententeramkan sahabatnya itu . Seisi kelas menjadi sunyi . Semua seakan tidak
percaya saat melihat Cikgu Anam menampar
Emy . Cikgu Anam terus keluar meninggalkan kelas sejurus selepas menyedari
keterlanjurannya . Namun , perasaan bersalah tidak langsung terlintas di
benaknya . Yang tinggal hanyalah perasaan puas dan bangga dengan tindakan yang
dilakukannya tadi .
“ Awak ‘ok’ ke ?” soal Isya dengan
suara yang sebak .
“ Ini semua salah awak Hadi . Kalau ya
pun awak tak suka orang macam kami , janganlah susahkan hidup kami . Kami tak
pernah kacau hidup awak pun ,” kata Isya sambil mengalihkan pandangannya ke
arah Hadi .
Emy masih menangis . Kesan lima jari milik Cikgu
Anam tampak jelas di pipinya . Seisi kelas menjadi senyap seolah – seolah baru
dilanggar sang garuda .
Sementara
itu , bilik guru mulai kecoh memperkatakan kejadian yang berlaku di kelas 4
Suria itu tadi .
“ Kenapa dengan Cikgu baru tu ? Si
budak Emy tu ada buat salah ke dengan dia ?” soal Cikgu Zubaidah atau lebih
dikenali sebagai Cikgu Bedah .
“ Entahlah Bedah , saya pun tak tahu
, yang saya dengar dari murid kelas 4 Permata , si Emy tu tak bawa buku teks
komsasnya . Sebab tu lah , Cikgu Anam tu tampar dia ,” balas Cikgu Diana .
“ Tapi , tindakan cikgu baru tu dah
keterlaluan , paling tidak pun dia boleh denda si Emy tu berdiri di belakang
kelas , tak patut betul ,” Cikgu Lili pula menambah .
“ Asyik borak sampai lupa yang kita
ada kelas . Apapun , kita tunggu jawapan pengetua ,” kata Cikgu Diana
menamatkan perbincangan sidang meja bulat mereka .
Cikgu Anam terdengar perbincangan
rakan sekerjanya itu . Mukanya memerah menahan geram dan malu . ‘ Siap kau
lembut ! Sebab kau aku jadi bahan umpatan guru – guru ‘ desis hati kecilnya .
+ ‘
Yang kau marah sangat dengan budak Emy tu , kenapa ? bukannya dia ludah muka
kau pun , dia cuma tak bawa buku teks saja’
- ‘
Mula – mula tak bawa buku , lepas tu mula la pijak kepala kita , benda macam ni
tak boleh dibiarkan , nanti melarat’
+ ‘
Ya ke ? atau kau takut tengok perwatakan si Emy tu? Bukankah dia macam bayang –
bayang kau sendiri’
- ‘
Mana ada ! Aku bukan macam dia ! Aku lelaki sejati , bukan separuh – separuh
macam dia’
+ ‘
Itu sekarang , bukan dulu . Cuba
kau ingat siapa diri kau sebelum ni’
- ‘
tak….!!! Aku sekarang dengan aku yang dulu sama saja’
+ ‘
Ikut suka hati kau lah Anam , walau macam mana pun kau menidakkan siapa kau
yang dulu , kau tetap tak boleh hilangkan bayangan tu dari hidup kau’
Dia bermonolog sendirian . Sedang
asyik mengelamun , tiba – tiba namanya dipanggil oleh Cikgu Basri , guru
disiplin di sekolah itu .
“ Cikgu Anam , saya diarahkan pengetua
untuk membawa cikgu ke ruangannya ,”
“ Boleh saya tahu sebabnya ?” balas
Cikgu Anam walaupun dia jelas tentangnya .
“ Saya yakin cikgu tahu sebabnya .
Saya cuma nak ingatkan , apapun alasan atau sebab yang cikgu berikan , sila bercakap
dengan nada yang bersesuaian dan berfikirlah sebelum mengeluarkan sebarang kata
,” kata Cikgu Basri sambil terus menghayun langkah ke bilik pengetua .
Cikgu Anam hanya membisu . Walaupun dia
tiada alasan yang kukuh tentang tindakan yang dilakukannya itu tadi , namun dia
pasti dia dapat meyakinkan pengetua tentang tindakan spontannya menampar
muridnya itu .
‘ Apa yang kau nak risaukan , pengetua
tu kan
perempuan . Perempuan ni lembut , macam kerak nasi . Kau pasti boleh yakinkan
dia’ . Dia bermonolog seketika seraya menguntumkan senyuman .
Setibanya di bilik pengetua , Cikgu
Basri mengetuk pintu diikuti dengan ucapan salam . Raut wajah pengetua SMK
Jalan Indah kelihatan begitu tegas sehingga menggoyahkan keyakinan Cikgu Anam .
Kelihatan juga Emy yang masih merah matanya ditemani Isya , rakan karibnya .
“ Silakan duduk cikgu ,” pelawa Puan
Salina tanpa secalit senyuman di bibirnya .
Cikgu Anam dan Cikgu Basri mengambil
tempat masing – masing . Cikgu Anam sempat menjeling ke arah Emy dan Isya .
Panas sungguh hatinya melihat gelagat mereka . ‘ Dasar lelaki tak sedar diri ’
gerutu hatinya .
“ Saya yakin cikgu – cikgu dan murid –
murid sekalian jelas tentang sebab kalian dipanggil kemari ,” Puan Salina
memulakan bicara sambil merenung setiap insan yang berada di hadapannya .
“ Saya mendapat laporan bahawa Cikgu
Anam telah menampar Afif Elmy di dalam kelas 4 Suria kira- kira pukul 11.30
pagi iaitu semasa proses PMP berlangsung .” Puan Salina berhenti seketika
sambil menghela nafas kemudian beliau menyambung .
“ Saya tak tahu sebab sebenar kenapa
perkara begini boleh berlaku , tapi perkara ini
adalah salah dan tak sepatutnya berlaku . Betul tak cikgu ?” tanya Puan
Salina sambil memandang Cikgu Anam .
“ Saya tam….”
“ Saya tak minta penjelasan cikgu , saya
hanya mahukan jawapan ya atau tidak ,” Puan Salina menyambung kata sebelum
sempat Cikgu Anam menghabiskan kata .
“ Ya , cikgu,”
Puan Salina hanya menggeleng kepalanya ,
begitu juga Cikgu Basri . Emy dan Isya hanya membatukan diri masing – masing .
“ Saya dah dengar penjelasan daripada
Afif dan walau apapun alasan awak , Cikgu Anam Iraqi , saya tak nak perkara
sebegini berulang lagi . Faham ? ” Puan Salina berkata tegas .
“ Kamu Afif , lain kali jangan lupa bawa
buku teks . Kumu sepatutnya lebih bersedia dan berdisiplin . Kalau tak ada apa
– apa lagi , kamu semua boleh bersurai . Cikgu Basri , sila tuggu sebentar ,
saya ada perkara yang nak dibincangkan ,”
to be continued..........