Saturday 9 June 2012

bayang-bayang

peace be upon u and hi peeps (^_~)

was organizing folders in may lappy, and then i came across a folder named "aku tulis" i clicked the folder and i realized that i had written two short stories.. and i would like to share it here.. hehehe.. :)

tajuk : BAYANG-BAYANG



‘Meluatnya aku tengok budak lembut tu,’ desis hati Cikgu Anam sebaik saja dia terlihat kelibat Emy . Dia mempercepatkan langkahnya ke kelas 4 Suria , kelas yang terkenal dengan muridnya yang pintar dan nakal . Sebaik saja kakinya melangkah masuk ke kelas itu , serta merta Haikal , selaku ketua tingkatan , memberi ucapan hormat diikuti pelajar yang lain . Cikgu Anam sempat membuang pandang ke arah Emy & Isya yang duduk di bahagian belakang kelas . Hatinya mula sebal . Hilang ‘mood’ nya untuk mengajar .
          Kelas 4 Suria mulai bingit dengan suara pelajar – pelajarnya . Cikgu Anam membuka buku rancangan mengajarnya dan mula mengarahkan pelajarnya membuka buku teks komsas ‘Anak Laut’ . Di bahagian belakang kelas , kelihatan Emy mula menggelabah apabila buku yang dicarinya tidak dijumpai .
          “ Isya , awak ada nampak buku saya tak?” tanya Emy sambil menyelongkar semua barang yang ada di dalam beg sekolahnya .
           “ Tak perasan pulak saya , awak tak bawa ke.?” balas Isya sambil membantu Emy mencari buku tersebut di dalam laci mejanya .
            Perbualan mereka didengari  Hadi , si internet bergerak . Hadi yang memang terkenal dengan sikapnya yang suka menyakat dan menjaga tepi kain orang , mula menjalankan tugasnya .
            “Cikgu , ada sorang heroin celup kelas kita tak bawak buku ,” satu kelas bingit dengan hilai tawa pelajar kelas 4 Suria . Muka Emy mula berubah mendung .
             ‘ Mesti aku kena basuh dengan Cikgu Anam lagi ,’ desis hatinya .
             “ Siapa yang tak bawa buku , sila berdiri ,” Cikgu Anam memberi arahan . Emy mengambil sikap berdiam diri apabila dia mendapati hanya dia seorang yang tidak membawa buku .
             “ Woi , lembut ! Bangunlah ! Kau sorang saja yang tak bawa buku ,” suara Hadi memecahkan suasana yang senyap sunyi itu .
              Menyedari dirinya direnung tajam oleh guru Bahasa Malaysia itu , Emy lantas berdiri . Mata Cikgu Anam yang tajam merenungnya memang berjaya melemahkan kakinya .
             “ Kenapa tak mengaku ? Kamu pekak ke masa saya tanya soalan tadi ?” soal Cikgu Anam dengan muka yang bengis . Emy hanya membatukan dirinya . Dia benci melihat muka Cikgu Anam yang suka mencari kesalahan dan memperlekehkannya .


Cikgu Anam mula ‘panas’ apabila melihat reaksi Emy yang bersahaja . Dengan muka yang merah menahan marah ditambah dengan perasaan meluat yang mula mencengkam hati , Cikgu Anam menampar pipi Emy . ‘Puas’ , itulah perasaannya sejurus menghadiahkan tapak tangan kanannya kepada Emy . Terbang rasa marah dan meluatnya pada si lembut itu .
               “ Aduh ,” Emy mula mengalirkan air mata .Tidak semena – mena ingatan terhadap peristiwa lampau menguasai fikirannya . Isya cuba mententeramkan sahabatnya itu . Seisi kelas menjadi sunyi . Semua seakan tidak percaya saat  melihat Cikgu Anam menampar Emy . Cikgu Anam terus keluar meninggalkan kelas sejurus selepas menyedari keterlanjurannya . Namun , perasaan bersalah tidak langsung terlintas di benaknya . Yang tinggal hanyalah perasaan puas dan bangga dengan tindakan yang dilakukannya tadi .
         “ Awak ‘ok’ ke ?” soal Isya dengan suara yang sebak .
         “ Ini semua salah awak Hadi . Kalau ya pun awak tak suka orang macam kami , janganlah susahkan hidup kami . Kami tak pernah kacau hidup awak pun ,” kata Isya sambil mengalihkan pandangannya ke arah Hadi .
         Emy masih menangis . Kesan lima jari milik Cikgu Anam tampak jelas di pipinya . Seisi kelas menjadi senyap seolah – seolah baru dilanggar sang garuda .


Sementara itu , bilik guru mulai kecoh memperkatakan kejadian yang berlaku di kelas 4 Suria itu tadi .
          “ Kenapa dengan Cikgu baru tu ? Si budak Emy tu ada buat salah ke dengan dia ?” soal Cikgu Zubaidah atau lebih dikenali sebagai Cikgu Bedah .
          “ Entahlah Bedah , saya pun tak tahu , yang saya dengar dari murid kelas 4 Permata , si Emy tu tak bawa buku teks komsasnya . Sebab tu lah , Cikgu Anam tu tampar dia ,” balas Cikgu Diana .
          “ Tapi , tindakan cikgu baru tu dah keterlaluan , paling tidak pun dia boleh denda si Emy tu berdiri di belakang kelas , tak patut betul ,” Cikgu Lili pula menambah .
          “ Asyik borak sampai lupa yang kita ada kelas . Apapun , kita tunggu jawapan pengetua ,” kata Cikgu Diana menamatkan perbincangan sidang meja bulat mereka .

          Cikgu Anam terdengar perbincangan rakan sekerjanya itu . Mukanya memerah menahan geram dan malu . ‘ Siap kau lembut ! Sebab kau aku jadi bahan umpatan guru – guru ‘ desis hati kecilnya .
+ ‘ Yang kau marah sangat dengan budak Emy tu , kenapa ? bukannya dia ludah muka kau pun , dia cuma tak bawa buku teks saja’
- ‘ Mula – mula tak bawa buku , lepas tu mula la pijak kepala kita , benda macam ni tak boleh dibiarkan , nanti melarat’
+ ‘ Ya ke ? atau kau takut tengok perwatakan si Emy tu? Bukankah dia macam bayang – bayang kau sendiri’
- ‘ Mana ada ! Aku bukan macam dia ! Aku lelaki sejati , bukan separuh – separuh macam dia’
+ ‘ Itu sekarang , bukan dulu . Cuba kau ingat  siapa diri kau sebelum ni’
- ‘ tak….!!! Aku sekarang dengan aku yang dulu sama saja’
+ ‘ Ikut suka hati kau lah Anam , walau macam mana pun kau menidakkan siapa kau yang dulu , kau tetap tak boleh hilangkan bayangan tu dari hidup kau’
          Dia bermonolog sendirian . Sedang asyik mengelamun , tiba – tiba namanya dipanggil oleh Cikgu Basri , guru disiplin di sekolah itu .
         “ Cikgu Anam , saya diarahkan pengetua untuk membawa  cikgu ke ruangannya ,”
         “ Boleh saya tahu sebabnya ?” balas Cikgu Anam walaupun dia jelas tentangnya .
         “ Saya yakin cikgu tahu sebabnya . Saya cuma nak ingatkan , apapun alasan atau sebab yang cikgu berikan , sila bercakap dengan nada yang bersesuaian dan berfikirlah sebelum mengeluarkan sebarang kata ,” kata Cikgu Basri sambil terus menghayun langkah ke bilik pengetua .
         Cikgu Anam hanya membisu . Walaupun dia tiada alasan yang kukuh tentang tindakan yang dilakukannya itu tadi , namun dia pasti dia dapat meyakinkan pengetua tentang tindakan spontannya menampar muridnya itu .
         ‘ Apa yang kau nak risaukan , pengetua tu kan perempuan . Perempuan ni lembut , macam kerak nasi . Kau pasti boleh yakinkan dia’ . Dia bermonolog seketika seraya menguntumkan senyuman .


         Setibanya di bilik pengetua , Cikgu Basri mengetuk pintu diikuti dengan ucapan salam . Raut wajah pengetua SMK Jalan Indah kelihatan begitu tegas sehingga menggoyahkan keyakinan Cikgu Anam . Kelihatan juga Emy yang masih merah matanya ditemani Isya , rakan karibnya .
        “ Silakan duduk cikgu ,” pelawa Puan Salina tanpa secalit senyuman di bibirnya .
        Cikgu Anam dan Cikgu Basri mengambil tempat masing – masing . Cikgu Anam sempat menjeling ke arah Emy dan Isya . Panas sungguh hatinya melihat gelagat mereka . ‘ Dasar lelaki tak sedar diri ’ gerutu hatinya .
        “ Saya yakin cikgu – cikgu dan murid – murid sekalian jelas tentang sebab kalian dipanggil kemari ,” Puan Salina memulakan bicara sambil merenung setiap insan yang berada di hadapannya .
        “ Saya mendapat laporan bahawa Cikgu Anam telah menampar Afif Elmy di dalam kelas 4 Suria kira- kira pukul 11.30 pagi iaitu semasa proses PMP berlangsung .” Puan Salina berhenti seketika sambil menghela nafas kemudian beliau menyambung .
        “ Saya tak tahu sebab sebenar kenapa perkara begini boleh berlaku , tapi perkara ini  adalah salah dan tak sepatutnya berlaku . Betul tak cikgu ?” tanya Puan Salina sambil memandang Cikgu Anam .
       “ Saya tam….”                                                                                  
       “ Saya tak minta penjelasan cikgu , saya hanya mahukan jawapan ya atau tidak ,” Puan Salina menyambung kata sebelum sempat Cikgu Anam menghabiskan kata .
       “ Ya , cikgu,”
       Puan Salina hanya menggeleng kepalanya , begitu juga Cikgu Basri . Emy dan Isya hanya membatukan diri masing – masing .
       “ Saya dah dengar penjelasan daripada Afif dan walau apapun alasan awak , Cikgu Anam Iraqi , saya tak nak perkara sebegini berulang lagi . Faham ? ” Puan Salina berkata tegas .
       “ Kamu Afif , lain kali jangan lupa bawa buku teks . Kumu sepatutnya lebih bersedia dan berdisiplin . Kalau tak ada apa – apa lagi , kamu semua boleh bersurai . Cikgu Basri , sila tuggu sebentar , saya ada perkara yang nak dibincangkan ,”


                                                                          to be continued..........

No comments:

Post a Comment