Monday 11 June 2012

bayang-bayang -2

peace be upon u and hi peeps (^_~)


       Emy dan Isya keluar dari bilik pengetua diikuti oleh Cikgu Anam . Apabila berada agak jauh dari bilik pengetua , Cikgu Anam menarik tangan Emy sambil merenung tajam wajahnya .
       “ Dah puas hati kau ? Kau ingat kau bagus sangat ke ? Kau ingat dengan air mata kau tu , aku akan lepaskan kau ? Kau dah buat silap besar bila kau malukan aku di depan si Salina dan Basri tadi !” bentak Cikgu Anam sambil mencekak kolar baju Emy .
       “ Cikgu….!! Apa yang cikgu buat ni ? Lepaskan Emy cikgu !” jerit Isya sambil berusaha melepaskan pegangan Cikgu Anam .
       “ Kamu senyap Hisyam ! Kamu pun sama saja dengan si sotong ni ! Meluat aku..!!! Kau orang ni memang tak sedar diri..!! ” Cikgu Anam membentak keras namun tangannya masih mencengkam kemas kolar baju Emy . Muka Emy berubah pucat kerana sukar bernafas .
       “ Cikgu nak bunuh Emy ke ? ” tahap kesabaran Isya sudah tinggal senipis kulit bawang . Melihatkan wajah Emy yang sudah berubah kebiruan , Cikgu Anam akhirnya melepaskan cengkamannya pada baju Emy . Emy terbatuk sambil cuba mengawal pernafasannya .
       “ Cikgu tak patut buat begini . Cikgu ingat dengan buat begini pada kami , cikgu dapat buang segala sejarah silam cikgu ?” kata Isya sambil menahan amarahnya yang semakin menggila pada CIkgu Anam .
       “ Apa yang kau tahu pasal hidup aku ?” balas Cikgu Anam , masih ber- ‘aku’ ‘kau’ .
       “ Cikgu ingat saya tak tahu ? Cikgu pun sama macam kami dulu . Lembut , pondan , sotong macam kami juga . Nama cikgu Ana kan ? Cikgu , jangan kerana nak lupakan masa silam cikgu tu , cikgu sanggup buat kami macam ni . Kami tak pernah buat salah pada cikgu . Siapa cikgu dulu , tak ada kena mengena dengan kami . Untuk pengetahuan cikgu , Emy jadi begini kerana lelaki macam cikgu ! Ayahnya  yang pemarah dan kaki pukul selalu menjadikan Emy sebagai mangsa . Emy jadi benci pada kaum sejenisnya walaupun dia sedar , dia juga lelaki .” Isya terdiam selepas menghamburkan segala yang terbuku dihatinya . Dia kemudiannya berjalan ke arah Emy yang sedang menundukkan wajahnya .

Cikgu Anam terdiam . Lidahnya kelu . Dia tak menyangka bahawa ada yang mengetahui kisah silamnya . Kisah yang begitu ingin dia lupakan . Ya , dia juga begitu dahulu . Kebenciannya pada ayah tirinya membuatkan dia benci pada dirinya sendiri tapi segalanya berubah apabila dia berjumpa dengan Salsabila , tunangnya . Mulai saat itu , dia berubah dan berusaha membuang jauh kisah hidupnya sebagai ‘Ana’ . Dia jadi benci apabila berjumpa dengan lelaki lembut kerana ia pasti mengingatkan siapa dirinya yang dahulu . ‘Anam’ yang menjadi ‘Ana’ .
       Isya memapah Emy yang masih dalam keadaan lemah . Sewaktu melewati Cikgu Anam , Emy berhenti .
       “ Cikgu , saya minta maaf kerana saya penyebab cikgu megigingati kisah silam cikgu . Bukan niat saya mahu menyusahkan cikgu , tapi saya sendiri khilaf tentang siapa diri saya yang sebenarnya . Saya adalah lelaki dan walau sehebat mana sekalipun usaha saya untuk megubah realiti ini , saya tetap tak dapat mengubahnya . Terima kasih cikgu kerana telah menyedarkan saya tentang hakikat kejadian saya sebagai lelaki ,” kata Emy sebelum berlalu meninggalkan Cikgu Anam .
      “ Emy..” panggil Cikgu Anam . Emy menoleh ke belakang , dan memberhentikan langkah kakinya .
      “ Saya minta maaf . Saya tak sepatutnya menjadikan awak sebagai tampat untuk meluahkan segala kebencian saya...pada diri saya sendiri ,” Cikgu Anam menghampiri Emy dan Isya yang masih tekun mendengar bait katanya .
      “ Tiada apa yang perlu saya maafkan cikgu , malah saya yang harus berterima kasih kepada cikgu kerana telah berjaya membuka mata saya tentang hakikat kejadian saya sebagai lelaki . Saya akan berubah cikgu . Saya tak mahu hidup dalam keadaan hipokrit lagi cikgu . Saya mahu menjadi Afif Elmy semula bukan lagi Emy ,” balas Emy seraya tersenyum .
       “ Saya juga cikgu . Saya dah jemu dipanggil Isya . Saya mahu jadi diri saya yang dulu . ‘Hisyam’ lebih sedap daripada ‘Isya’ . Cikgu , maafkan saya kerana bersikap kurang ajar dengan cikgu tadi dan terima kasih kerana cikgu dah sedarkan saya tentang siapa saya sebenarnya walaupun caranya kurang sesuai ,” tambah Isya .
       “ Saya maafkan kamu ,” kata Cikgu Anam  . Mereka bersalaman sebelum mengatur langkah ke kelas 4 Suria .
       Guru merupakan pendidik yang juga contoh kepada para pelajarnya . Tiada siapa yang boleh menidakkan kenyataan ini . Pelajar dan guru saling memerlukan dalam usaha untuk membentuk masyarakat yang cemerlang , gemilang dan terbilang .
       Kejadian kita sebagai manusia adalah sebaik – baik kejadian . Kita tidak boleh menidakkan fitrah kejadian kita walau sehebat mana usaha kita . Hiduplah dalam realiti dan jangan terpedaya dengan bayang – bayang kita sendiri .

- i wrote this short story when i was in form 4.. it was written for pertandingan menulis cerpen :) and i won the first prize.. but, i didn't send this one.. there's another cerpen that i wrote.. :D

No comments:

Post a Comment