Saturday, 18 June 2011

A JOURNEY TO REMEMBER (part 3)

IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL

peace be upon you and hi peeps (^_~)

Selepas perut di recharge, kitorang headed back to the hotel. Jalan masih gilak. Kegilaan traffic masih sama malah makin menjadi-jadi rasanya. The driver used short-cut to the main road which is obviously to hinder the traffic jam. Masa melalui jalan 'pendek-potong' tu, memang terkesima habis tengok scene kat situ. Along the road, YA ALLAH, macam berada kat kawasan pelarian. Disebabkan tersangat miskin, kids, women and men buat rumah (yang langsung takde rupa rumah) menggunakan kayu terbuang, tali rafia dan tarpan buangan (kain yang selalu guna buat khemah pengantin). Lebih menyedihkan lagi, sepanjang tepi jalan dipenuhi dengan sampah sarap. Jadi, korang try bayangkan how they live there. Di tiang-tiang tepi jalan dijadikan tempat sidai pakaian which is termasuk baju, seluar, and even seluar KECIK. Di mana baju2 tersebut dibasuh, aku takde jawapannye. Sangatlah miskin dan melarat kehidupan kat Dhaka ni. 

-kalau kat Malaysia,kedai tepi jalan macam ni org panggil
kedai mamak, tapi kat sini aku tak tahu nak guna term apa-

Seriously, kehidupan kat Bangladesh or to make it specific, Dhaka berganda melarat daripada orang miskin kat Malaysia. Even, homeless people kat Malaysia kalau nak tidur di mana-mana kaki lima, bawah jambatan @ jejantas, tempat2 tersebut masih boleh dikategorikan sebagai BERSIH but not in DHAKA. BERDEBU, BISING and cleanliness is not their priority -i think-. Ada hikmah disebalik transit di Dhaka. Memang mengajar para jemaah erti SYUKUR. Betul la apa orang kata ;

"Kalau kita rasa kita dah cukup susah, ingat, masih ada yang lebih susah malah berganda-ganda susah daripada kita,"

-TAHMID, ALHAMDULILLAH-

Pengalaman di Dhaka tak berhenti di situ saja. Seriously, i thought after the evening trip, the story will come to a fullstop. However, i was WRONG. Masih banyak perkara yang DHAKA nak kitorang belajar.
Dinner pukul 8.00 malam (waktu Dhaka). Kitorang disajikan dengan nasi yang ala-ala nasi gorang, kari ayam, timun and 7-Up. Everything was totally fine sampailah tiba-tiba 'tup' LAMPU TERPADAM!
Alahai...Suasana jadi bising sekejap and for about 3 minutes semua orang gunakan handphone masing2 untuk hasilkan cahaya. Situasinya lebih kurang macam ni ;

Tangan KANAN --> suap nasi masuk mulut
Tangan KIRI --> pegang handphone sambil suluh pinggan nasi

Van bertolak ke airport dalam pukul 10.55 pm (waktu Dhaka). Jalan dah tak sesibuk waktu siang. Tapi bunyi hon tetap tak putus. Dah macam muzik RASMI Dhaka. Sepanjang jalan ke airport, aku nampak banyak budak-budak homeless yang duduk atas batu divider jalan. Rasa kasihan dan simpati singgah sekejap. Dhaka masih tetap hidup dengan penduduknya yang padat walaupun malam makin larut. 

Suasana di KLIA pada waktu malam sangatlah berbeza dengan suasana kat Dhaka airport. Kalau di KLIA, memang sah-sah dah mula senyap sunyi tapi tidak di sini. Manusia MASYAALLAH cukup banyak. Ada yang tidur kat luar airport dan kalau nak dibandingkan dengan jumlah manusia kat KL CENTRAL waktu peak hour, tetap manusia kat DHAKA airport berganda banyak. SUNGGUH.. memang banyak gilak. I've no idea why they were there at that hour.

-sebelum check-in-

Sekali lagi Dhaka, Bangladesh mengajar manusia luar erti  SYUKUR. Nikmat hidup yang aku rasa sekarang tak terkira nilainya kalau nak dibandingkan dengan mereka-mereka kat Bangladesh ni.
-ALHAMDULILLAH-

next flight : BG0035
seat no    : 18 D

-to be continued-

1 comment:

  1. bunyi hon tuh lebih kurang cam mesir jugak..
    24/7 bunyi macam lagu rasmi.. kahkah~
    walaupun ada traffic light tpi kereta bwk sesuka ati.. nasib baik ada polis traffic..

    ReplyDelete