Sunday, 19 June 2011

A JOURNEY TO REMEMBER (part 4)

IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL

peace be upon you and hi peeps (^_~)

2/6/2011
JEDDAH - 6 pagi

Kaki jejak atas bumi Jeddah lebih kurang pukul 4.15 pagi. Dari flight ke airport, kitorang naik bas. Alhamdulillah sempat solat subuh dan untuk pertama kalinya aku sujud dalam keadaan orang ramai kat sekeliling sebab tak sempat nak cari dan tak tahu surau kat mana. Kalau kat Malaysia, jarang @ boleh dikatakan takde orang yang solat in public. Tapi kat sini, semua tu perkara biasa. Yang penting tanggungjawab dengan Allah perlu diLUNASkan.


Daripada airport ke MADINAH ambil masa lebih kurang 4-5 jam. Sepanjang perjalanan ke Madinah, satu perkataan yang tak lepas daripada mulut dan hati ialah SUBHANALLAH..! Sumpah pemandangan sangatlah CANTIK macam lukisan. Bak kata abang:

"Memang lukisan pun. Lukisan alam. Lukisan ALLAH"

Aku angguk sambil mata tak lepas daripada pemandangan di luar bas. Bukit pasir berselang-seli dengan bukit batu. SUBHANALLAH. Jalan raya macam tiada penghujung. LENGANG. Sangat berbeza dengan situasi di Dhaka, Bangladesh. 
SIBUK vs LENGANG

Lagi satu, kat sini, setiap 2 @ 3 km mesti akan nampak stesyen minyak. Memang sah Saudi Arabia ni kaya dengan minyak.

3/6/2011
Madinah : 2.45 pagi (bangun)

Subuh masuk pukul 4.03 a.m. so, kitorang (aku,tok,ateh and makcik Ina) gerak ke Masjid Nabawi dalam pukul 3.30 a.m. Sempat buat solat sunat. Alhamdulillah. Lepas solat subuh, kitorang tunggu sampai pukul 7.00 lebih sebelum masuk ke RAUDHAH. Impian setiap muslim. Alhamdulillah. ALLAH buka dan tunjuk jalan kepada kami. 

SEBAK.dan speechless. sungguh..satu perasaan yang memang aku tunggu dari mula aku jejak kaki di Madinah ni. Rasa yang sungguh lain. Aku tak tahu macam mana nak gambarkan. Karpet di Raudhah warna hijau dan baunya tersangatlah harum. Haruman sejadah di Raudhah terasa menusuk setiap kali sujud di situ. Alhamdulillah. Nikmat yang bukan senang nak dapat. TAHMID again.

4/6/2011
Madinah 

program pada hari tersebut ialah ziarah. Antara tempat yang diziarah;
1) Masjid Quba' 
-ada kisah di sini. TRAGEDI QUBA'. Aku hilang purse kat sini. Aku pun tak perasan masa bila orang seluk beg aku dan ambil beg duit berharga aku tu. Nasib baik aku letak duit kat tempat asing. IC, LESEN dan segala jenis kad dan khazanah berharga dalam purse tu HILANG. Memang takde rezeki dan takde jodoh aku dengan purse tu. AKU YAKIN ADA HIKMAH DISEBALIK kehilangan purse tu.

2) Masjid Qiblatain

3) Bukit Uhud
-di sekitar kawasa bukit Uhud ni ada Wadi A'tiq dan makam para shuhada' Uhud iaitu seramai 70 orang

-bukit uhud-

4) Masjid Tujuh
-terdapat 7 buah masjid dalam satu kawasan. Tapi yang masih tinggal dan elok ada 4 buah iaitu 
 --> Masjid As-Syams
 --> Masjid Fatah
 --> Masjid Saidina Abu Bakar
 --> Masjid Saidina Ali

5) Ladang kurma
-oohhhoooo.. macam-macam ada..! tapi kebanyakan yang datang ke Madinah akan beli kurma Ajwa sebab kurma Ajwa ni orang kata kurma Rasulullah. Kalau gred A++ satu kilo = 120 riyal dan yang paling murah 1 kilo = 60 riyal.


5/6/2011
Madinah -ziarah-

1) Masjid Quba'

2) Kilang Al-Quran
- dalam kawasan percetakan Al-Quran, perempuan tak dibenarkan masuk. Kaum Adam jer dibenarkan dan each one diberi sebuah Al-Quran.

3) Kilang dan Ladang Kurma 2

4) Telaga Saidina Uthman 
- mengikut sejarah, telaga tersebut dibeli daripada orang yahudi sebelum orang Islam menggunakannya. Sampai sekarang, telaga tersebut masih berfungsi.

-mesin penggerak air (i think so..)

5) Masjid Jumaat

6) Qoba' Castle

7) Tapak rumah musuh Rasulullah
-aku rasa ralat sebab aku lupa nak catat nama beliau. =_='. Tapi yang pasti, tapak rumah tersebut memang luas.
-batu bata yg menunjukkan binaan bilik-

8) Tapak asal masjid zaman Rasulullah
-sebenarnya binaannya hanya sekadar susunan bata paras dada. 

-keluasan sebenar sesebuah masjid semasa zaman Rasulullah-

6/6/2011
Madinah (ziarah)

1) Masjid Quba'
-ok, kalau korang rasa hairan sebab apa tiap-tiap kali ziarah, mesti pergi Masjid Quba' dulu, ini adalah sebabnya ; 

Sabda Nabi Saws.jpg lagi: Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah. (Tirmizi: Sembahyang: 298. Ibnu Majah: Iqamat dan Sunatnya: 1401. Ahmad: Musnad Makkiyyin: 15414.)

2) Kilang dan Ladang Kurma 3

3) Bukit Thur 
-merupakan sempadan Tanah Haram Madinah

-abang jadi model tak berbayar-

4) Bukit Mukhritz
-kawasan bukit ni merupakan tempat picnic orang Arab dan terletak dalam kawasan medan magnet. Sungguh kuat tarikan magnet sehingga bas boleh bergerak sendiri (enjin dimatikan) walaupun keadaan jalan yang menaik. SUBHANALLAH.


-dalam tengah asyik bergambar, tiba2 muncul sebuah van aiskrim. Semua terus meluru nak beli. 
1 batang =2 riyal . Rasa aiskrim ni lain sket daripada aiskrim di Malaysia. Susunya rasa lebih lemak. 


5) Rumah Oroah b. Zubair
-beliau adalah salah seorang sahabat Rasulullah dan binaan rumah beliau masih elok


-tangga ke tingkat atas @ bawah-

-to be continued-

No comments:

Post a Comment