IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL
peace be upon u peeps n hi (^_~)
ini adalah coretan pengalaman perjalanan aku ke TANAH HARAM (MAKKAH & MADINAH)
mengandungi mungkin lebih daripada 3 parts and i would be so thankful if u guys can spend some of your precious time to read this post..
(waktu malaysia)
BERTOLAK : 3.4O a.m
TIBA : 7.11 a.m
aku dan jemaah lain bertolak dari KLIA ke BANGLADESH pada jam 3.40 pagi. Check-in dalam pukul 2.00 pagi. Jemaah yang ikut serta seramai 80 orang iaitu di bawah bimbingan USTAZ HALIM (pakngah aku)
Sebelum berangkat ke KLIA, pakteh terlebih dahulu azan sebagai tanda pemergian kami ke tanah suci. Saat pakteh azan memang tak dinafikan yang aku sebak SEKETIKA. Langkah yang dimulai dengan kaki kanan diiringi ucapan BASMALLAH diharap akan dapat memudahkan perjalanan kami ke sana.
dipendekkan cerita yang sememangnya panjang ni, aku sekarang nak tulis apa yang jadi masa dalam penerbangan ke DAKHA, BANGLADESH. Dalam asyik melayan tidur yang tak berapa nak nyenyak tu, pramugari datang mengejutkan sebab dah tiba waktu makan. We were served with nasi beriani. Boleh tahan jugak la rasa nasi tu. Aku makan setengah jer sebab mata aku ni aci tutup-bukak-tutup-bukak. BG0087 yang aku naik tu kalau nak dibandingkan tahap keselesaanya dengan bas TRANSNASIONAL yang aku naik dari KL ke PPENANG, transnasional lagi selesa. Apapun ini semua cubaan kecil yang nak uji tahap kesabaran kami semua sebelum sampai ke sana.
Jam 7.11 pagi (waktu Malaysia) @ 5.00++ waktu Dakha, BG0087 selamat mendarat di Dakha, Bangladesh. Aku transit kat sana lebih daripada 12 jam. Kalau nak rate airport Bangladesh dengan KLIA, aku boleh kasi 1/10 jer. Setelah lebih sejam berurusan dengan pihak imegresen yang agak cerewet, akhirnya aku melangkah keluar daripada airport dan melihat wajah sebenar Bangladesh.
Check-in di SYL COM hotel yang tak berapa jauh daripada airport. Sepanjang perjalanan ke hotel yang menggunakan bas brand toyota versi zaman pak kaduk, macam-macam gelagat manusia boleh nampak.
Aku rasa dan aku sangat mengesyorkan bagi sesiapa yang nak mencari erti hidup yang sebenar, bolehlah datang ke Bangladesh.
-bas yang disediakan oleh pihak hotel-
-bahagian dinding yang bertampal dalam bilik aku-
Dekat sini TIADA traffic light. Orang lintas jalan macam tu jer. Kereta, motor, tut-tut, beca, bas dan segala jenis kenderaan yang ada HON, aku rasa WAJIB guna hon yang ada kat kenderaan masing2 tu at least 10x sehari. Ada satu simpang 4 kat sini tapi takde trrafic light, so korang try imagine betapa berselirat dan berserabutnya situasi kat sini. Kalau nak tunggu sampai takde kereta baru nak masuk simpang, alamatnya sampai kesudah kereta tak bergerak.
Hotel SYL COM ni kira ok la kalau nak ikut standard Bangladesh. Kalau ikut standard Malaysia, aku tak tahu sama ada hotel ni akan ada bintang @ tak. Memang aku lihat sisi dunia yang berbeza masa mula jejak kaki ke Bangladesh ni. Aku boleh nampak how hard they survive. Perasaan syukur tu memang tak boleh lari daripada hati bila aku mula membandingkan kehidupan kat Malaysia dengak kehidupan di Bangladesh. Betapa beruntungnya rakyat Malaysia yang sememangnya hidup dalam keadaan selesa, aman dan harmoni.
-to be continued-
btw aku pegi ke tanah haram berempat:
-ABANG (bukan suami,aku tak kawin lagi. beliau adalah abang KANDUNG aku)
-TOK (mak kepada abah aku)
-ATEH (adik kepada abah aku)
-AKU (cik punya blog)
No comments:
Post a Comment